Shakir Ali Penyelamat Harimau Malaya

Shakir-Ali-&-Safee-Sali

Harimau Malaya perlu berusaha lebih keras sekiranya ingin mempertahankan kejuaraan Piala AFF selepas hampir dikejutkan Filipina. Dalam aksi persahabatan antarabangsa pertama tahun ini di Stadium Memorial Rizal malam tadi, reputasi negara selaku jaguh Asia Tenggara nyata tidak menggentarkan tuan rumah apabila anak buah Rajagobal terpaksa menunggu jaringan masa kecederaan Ahmad Shakir Ali untuk menyelamatkan maruah negara dan mengikat Filipina, 1-1. Pada pertemuan menentang skuad yang mara ke separuh akhir Piala AFF 2010, barisan pertahanan skuad negara dikejutkan dengan lontaran jauh Jason Sabio yang membuka ruang kepada pemain berdarah kacukan Jerman, Denis Wolf, bertindak berani melakukan tandukan terbang bagi menewaskan Mohd Farizal Marlias di gawang negara pada minit ke-34 sekali gus menggembirakan ribuan penyokong tempatan. Namun…

Harimau Muda Tewas 0-4 Dengan Jepun

Malaysia vs Japan

Skuad Harimau Muda A sekali lagi dirundung duka apabila dibelasah teruk 0-4 kepada Jepun pada perlawanan kelima saingan kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 bagi Zon Asia yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Jepun yang terus melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi gol pertama yang dijaringkan oleh Sakai Hiroki pada minit ke-35. Pemain berusia 22 tahun skuad Samurai biru, Osako Yuya kemudian menyumbang gol kedua hasil tandukan pada minit ke-44. Pada babak kedua perlawanan, pasukan Jepun mula berpesta gol apabila Haraguchi Gengki menjaringkan gol ketiga pada minit ke-55, diikuti gol keempat oleh Saito Manabu lima minit kemudian. Jepun dijadual bertemu Bahrain pada 14 Mac depan. – Bernama

Harimau Muda Sedia Hadapi Jepun

Malaysia vs Japan

Walaupun perlawanan pusingan kelayakan Olimpik menentang Jepun hari ini hanya sekadar melengkapkan jadual dalam Kumpulan C, jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee tetap inginkan satu kemenangan. Beliau berkata sebagai pasukan tuan rumah dan beraksi tanpa tekanan menjadi daya penguat bagi pasukan bimbinganya untuk mencipta kejayaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok. “Walaupun telah gagal untuk layak ke Olimpik London 2012, jika kita menewaskan Jepun ataupun setidak-tidaknya seri, ianya adalah satu kejayaan besar buat pasukan negara,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM Selasa. Beliau berkata pemain-pemain negara bebas daripada sebarang kecederaan dan telah melalui rehat yang secukupnya dan tiada alasan untuk mereka tidak bermain dengan bersungguh-sungguh hari ini. Info Tiket Perlawanan Tiket…

Malaysia Tunduk Kepada Bahrain

Bahrain vs Malaysia

Malaysia sudah boleh melupakan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik di London Julai ini selepas kalah 1-2 kepada Bahrain pada perlawanan keempat pusingan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia di Stadium Kebangsaan Bahrain di Manama, malam tadi. Kekalahan itu merupakan kekalahan keempat skuad kendalian Ong Kim Swee itu selepas tunduk 2-3 kepada lawan sama pada perlawanan ketiga 27 Nov lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan sebelum itu mereka juga mengalami kekalahan masing-masing kepada Jepun dan Syria dengan jaringan 0-2. Pada perlawanan malam tadi, skuad Olimpik negara dikejutkan dengan jaringan penyerang tuan rumah Husain Hashem Mohamed Al Alawi pada minit ke-26 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk mengalahkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Bagaimanapun,…

Lawan Hingga Minit Terakhir – Tengku Abdullah

Tengku Abdullah

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu skuad Olimpik Malaysia memberi tentangan habis-habisan kepada Bahrain pada Ahad. Katanya skuad bimbingan jurulatih negara Ong Kim Swee itu perlu mempamerkan permainan yang mantap sehingga minit terakhir dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan C zon Asia di Stadium National, Manama. “Saya percaya malam esok menjadi perlawanan sengit dan sudah pasti skuad Bahrain juga mahukan kemenangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco FAM di sini. Pada perlawanan pusingan pertama Malaysia tunduk 2-3 kepada Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November lepas dan sebelum itu skuad ini juga terpaksa akur dengan kekalahan dalam dua perlawanan ketika menentang Jepun dan…

Skuad Rajagobal Menang Selesa

Rajagobal

Tiada apa yang memeranjatkannya mengenai kekalahan 5-0 Kelantan di tangan skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil. Enam tonggak Kelantan malam tadi sebaliknya turun dengan misi lebih besar mempertahankan maruah Harimau Malaya. Gol pasukan kebangsaan diledakkan Asraruddin Putra Omar dan Shahurain Abu Samah pada separuh masa pertama ditambah masing-masing satu gol daripada Abdul Hadi Yahya, S. Kunanlan dan Izuan Solahudin menutup pesta gol pada minit ke-90 perlawanan. Rata-rata pemain yang membarisi skuad negara dalam perlawanan ini merupakan pemain yang kurang berpengalaman di peringkat antarabangsa namun apa yang lebih utama bagaimana ketua jurulatih negara, K. Rajagobal melihat tahap permainan anak-anak buahnya seperti yang diharapkannya. Sebahagian besar perlawanan menyaksikan Norshahrul dilihat bergandingan dengan Abdul Manaf Mamat dan…

Safee Perlu Buat Keputusan Segera – FAM

Safee Diambang Bahaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan masa semakin suntuk buat Safee Sali yang perlu membuat keputusan drastik andai tidak mahu kesukaran membelenggunya bersama skuad negara. Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sudah menerangkan kerumitan isu itu kepada Safee selepas perbincangan dengan wakil Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mendedahkan pemain itu berdepan bahaya jika terus terikat bersama kelabnya, Pelita Jaya. Intonasi berbeza di lontarkan pengurus Safee, Zakaria Abdul Rahim yang menegaskan, tiada perbincangan serius antara Safee dan Azzuddin sepanjang kekusutan yang melanda Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia. Namun selain prospek Safee berhijrah ke Liga Belgium atau Australia, Zakaria turut mengakui ada kelab lain turut jadi…

Harimau Muda Benam Mariners

Mahali Jasuli

Skuad Olimpik negara menamatkan siri jelajah di Sydney, Australia dengan cemerlang apabila menewaskan kelab Liga Australia (Liga-A), Central Coast Mariners FC 4-1 pada aksi persahabatan, semalam. Pada perlawanan di padang Akademi Central Coast Mariners, Mingara itu, skuad kendalian Ong Kim Swee membuka tirai jaringan menerusi gol penyerang Ahmad Fakri Saarani di minit ke-13 selepas menolak masuk hantaran lintang Mohd Fandi Othman. Bersambung babak kedua, Kim Swee membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan penyerang Ahmad Hazwan Bakri dan A Thamil Arasu. Ternyata percaturan itu membuahkan hasil dengan pemain Kuala Lumpur, Hazwan meledak dua gol pada minit ke-48 dan 60 manakala Thamil menjadikan kedudukan 4-0 menerusi jaringan di minit ke-71. Pendahulu Liga-A, Mariners yang menurunkan enam pemain dari…

Filipina Sah Lawan Malaysia Februari Ini

Dan Palami (Jurulatih Skuad Kebangsaan Filipina) memilih Malaysia kerana yakin dengan kualiti permainan Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima lamaran Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF) untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa februari ini. Perlawanan yang diklasifikasikan sebagai kelas A tersebut akan diadakan pada 29 Februari 2012 di Manila. Kali terakhir skuad Kebangsaan Malaysia bertemu Filipina adalah pada 12 Januari 2007 dimana Malaysia menang menerusi jaringan 4-0 di Kejohanan AFF yang berlangsung di Bangkok.

Malaysia Terima Cabaran Arab Saudi

Saudi Arabia National Team

Skuad Kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal bakal berdepan Arab Saudi pada 20 Februari depan setelah menerima tawaran dari negara teluk tersebut. Perlawanan yang diklasifikasikan sebagai Gred A ini akan diadakan di Melbourne, Australia sebagai salah satu perlawanan pemanas badan bagi kedua-dua buah negara. Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal menyifatkan perlawaan yang diterima ini sebagai petanda baik mengenai prestasi semasa Skuad Senior negara. “Mereka membuat permintaan berlawan dengan kita sebagai persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014. Ini menunjukkan skuad kebangsaan mempunyai mutu permainan bertaraf antarabangsa,” katanya. Selain itu katanya, pasukan Congo, Iran dan Paraguay turut menjemput pasukan negara untuk diadakan perlawanan persahabatan. “Bukan sahaja Congo, malah Iran, Paraguay dan beberapa negara turut menjemput skuad kebangsaan untuk aksi…