Tiket Final Piala Malaysia 2011 RM50

Stadium Shah Alam

Walaupun perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dengan Negeri Sembilan belum bermula, edisi ke-45 kali ini mungkin sudah meraih perhatian ramai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan harga tiket RM50 dijual bagi menonton perlawanan yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. Pengumuman harga tiket yang disifatkan mengejutkan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011. Atas alasan hanya 65,000 sahaja tiket berbayar akan dijual dan mahu menyelaraskan perbezaan antara tempat duduk utama dan biasa, FAM berkata, harga tiket itu telah dipersetujui oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri yang bertanding di pentas akhir. ”Harga tiket…

Keputusan Undian Piala Malaysia 2011

Piala Malaysia 2011

Sebanyak 16 pasukan dari Liga Super & Liga Perdana diundi bersama dan dibahagikan 4 kumpulan bagi merebut Piala Malaysia 2011. Undian yang dilakukan lewat petang tadi di Pentas Utama, Stadium Nasional Bukit Jalil berjalan dengan lancar dengan 4 pasukan teratas Liga Super iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah tidak akan berada dalam 1 kumpulan yang sama setelah mendapat status pasukan pilihan dalam edisi kali ini. Berikut merupakan keputusan penuh undian Piala Malaysia edisi 2011: Kumpulan A : Kedah – Perak – Sabah – Johor Kumpulan B : Terengganu – Negeri Sembilan – PKNS – Sime Darby Kumpulan C : Kelantan – Johor FC – KL Felda United – Sarawak Kumpulan D : Selangor – T-Team…