Keputusan MSL Minggu #7

Malaysian Super League

Liga Super (Hari Perlawanan #7) Sabtu: Kuala Lumpur 0-2 Johor FC T-Team 2-0 Perak Lions 3-1 Negeri Sembilan Sarawak 2-1 Felda United PKNS 2-0 Selangor Kelantan 2-1 Terengganu Kedah 2-2 Sabah

Keputusan MSL Minggu #2

Logo Liga Super Liga Premier

Liga Super (Hari Perlawanan #2) Sabtu: FT: Sabah 2-1 Sarawak @Std.Likas, Kota Kinabalu FT: Johor FC 0-2 N.Sembilan @Std.JCorp, Johor Bahru FT: Terengganu 3-0 Felda United @Std. Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu FT: Selangor 1-0 Perak @Std.Shah Alam, Shah Alam FT: Kedah 0-0 Lions XII @Std.Darul Aman FT: Kuala Lumpur 0-3 T-Team @Std.Hang Jebat Jumaat: FT: Kelantan 1-1 PKNS

Keputusan MSL Minggu #1

Logo Liga Super Liga Premier

Perak 1-0 Terengganu (Std.Perak, Ipoh) T-Team 3-0 Kedah (Std. Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu) N.Sembilan 2-2 Selangor (Std. Star of Paroi, Seremban) PKNS 1-2 Johor FC (Std. PJ, Petaling Jaya) Sarawak 2-0 Kuala Lumpur (Stadium Sarawak, Kuching) Sabah 0-2 Felda United (Std. Likas, Kota Kinabalu) Lions XII 1-2 Kelantan (Std. Jalan Besar, Kallang)

N.Sembilan Juara Piala Sumbangsih

Gambar oleh Yazit Razali

Negeri Sembilan berjaya menewaskan Kelantan 2-1 dalam merebut kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih). Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan pertemuan Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan dan Juara Liga Super, Kelantan. Paling menarik, kejuaraan ini merupakan kejuaraan Piala Sumbangsih pertama buat negeri terbabit sejak tahun 1985. Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi gerakan cantik Mohd Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya memperdayakan pertahanan Negeri Sembilan sebelum merembat masuk jaringan menewaskan Farizal Marlias. Negeri Sembilan yang tersentap dengan jaringan tersebut lantas memperbaiki corak permainan dan beberapa kali membuat serangan balas berbahaya akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan deras mengelirukan Effa Owona pada minit ke-30. Effa Owona yang tidak…

MSL Perkenal Dua Logo Baru

Logo Liga Super Liga Premier

Liga Super dan Liga Premier dalam Liga Malaysia masing-masing mendapat logo baru bagi musim 2012-2014 Dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL), berkata logo itu diilhamkan daripada bentuk ‘Play’, yang lazimnya ditemui dalam semua peranti permainan media. “Kedua-dua logo direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu ‘Play’ (Bermain). Bentuk ‘Play’ telah diolah dan diaplikasikan ke dalam logo, mewujudkan satu bentuk untuk menyokong elemen lain yang mewujudkan kelainan antara setiap logo,” kata MSL, sebuah entiti yang bertindak sebagai sayap komersial bola sepak Malaysia. Kenyataan itu menyebut logo Liga Super dibentuk daripada imejan piala Liga Super itu sendiri yang menunjukkan bahagian atas piala di mana bola diletakkan di atas…

12 Pasukan Terbaik Untuk Musim 2013

Liga Super Malaysia

Liga Super Malaysia musim 2013 bakal menyaksikan perubahan format sekali lagi apabila hanya 12 pasukan dibenarkan beraksi dalam liga tersebut. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatannya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata format berkenaan akan diperkenalkan mulai musim 2013. “Pada awalnya FAM mahu menggunakan format baru ini bagi musim 2012 namun terpaksa ditangguhkan memandangkan semua pasukan hanya dimaklumkan selepas mesyuarat Exco pertengahan tahun ini. Semua pasukan sudah bersetuju termasuk juga pengecualian Lions XII daripada penyingkiran tahun depan.” Keputusan mengurangkan jumlah pasukan yang bertanding dari 14 kepada 13 pasukan dibuat atas dasar menjaga kualiti semasa liga dan juga dibuat setelah mengambil kira faktor kekuatan kewangan pasukan yang bertanding. “Keputusan untuk mengurangkan pasukan Liga…

Piala Sumbangsih Tanpa Mata Liga

Piala Sumbangsih

Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah bakal memecah satu tradisinya yang sekian lama apabila tidak lagi dijadikan perlawanan sulung yang menghasilkan mata Liga Super musim 2012 bagi kedua-dua pasukan terpilih yang merebutnya. Justeru Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin berkata, pertembungan juara Liga Super 2011, Kelantan dengan juara Piala Malaysia musim sama, Negeri Sembilan pada 7 Januari ini hanyalah untuk merebut trofi yang diperkenalkan pada 1985 itu. “Perlawanan Sumbangsih ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Kami mengasingkannya daripada Liga Super atas permintaan banyak pihak yang berpendapat tidak wajar dengan hanya satu perlawanan itu, kedua-dua pasukannya sudah boleh mengutip mata liga.” “Menerusi perlawanan ini juga,…

RM1.1 Juta Untuk Juara Liga Super

1Juta

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan habuan lumayan bernilai RM 1.1 juta menanti pasukan yang muncul juara dalam saingan Liga Super pada musim depan. Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Md Amin menyatakan kenaikkan ganjaran sebanyak 50 peratus akan menanti pasukan yang dinobatkan sebagai juara Liga Super musim depan, menurutnya lagi juara akan menerima habuan sebanyak RM750 ribu dan insentif sebanyak RM 350 ribu menjadikan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM 1.1 juta menanti pemenang. Naib juara pula akan menerima habuan sebanyak RM 500 ribu, manakala pemenang tempat ketiga sebanyak RM 300 ribu. Selain itu, FAM juga sedang dalam proses menimbangkan untuk memberi ganjaran wang tunai kepada pemenang Piala FA dan Piala Malaysia pada musim…

Jangan Terburu-Buru Ubah Format Liga

Liga Super Malaysia

Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta jangan terburu-buru membuat sebarang rombakan dalam format pertandingan Liga Super. Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, walaupun langkah mengurangkan pasukan dalam Liga Super boleh meningkatkan kewibawaan sukan itu tetapi kajian menyeluruh masih perlu dilakukan. “Nasihat saya adalah lebih wajar jawatankuasa terbabit melihat kepada struktur kewangan setiap pasukan yang bertanding di dalam Liga Super kerana masih terdapat pasukan yang berhadapan masalah kewangan.” katanya kepada pemberita semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar saingan Liga Super musim depan berkemungkinan mengalami sedikit perubahan jika berpandukan laporan Setiausaha Agung FAM yang mahu mengkaji bagi mengurangkan jumlah pasukan bertanding yang kini mempunyai 14 pasukan. Berikutan…

Perlawanan Liga Super Waktu Siang

Stadium-Sultan-Ismail-Nasiruddin-Shah

Pasukan bola sepak Terengganu mungkin mengadakan perlawanan pada waktu petang pada Liga Malaysia 2012 berikutan pencahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Pengarah Pertandingan Liga Malaysia yang juga Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ahmad Fuad Daud berkata untuk perlawanan pada waktu malam, stadium itu memerlukan pencahayaan lampu limpah sekurang-kurangnya 1,200 lux. “Kita dapati beberapa tempat pencahayaan lampu limpah di stadium itu di bawah 800 lux,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan di stadium itu malam tadi. Turut hadir wakil Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ahmad Fuad berkata FAM memberi tempoh sehingga 21…