Harimau Muda Catat Kemenangan Ke-2 di S-League
Harimau Muda mengutip tiga mata penuh lagi pada perlawanan Liga Singapura menentang Tanjong Pagar FC malam ini dengan keputusan 3-0. Perlawanan pertama Harimau Muda di kandang mereka Stadium Yishun bermula dengan baik buat mereka apabila mereka berjaya mengawal hampir keseluruhan masa pertama perlawanan. Pada 10 minit pertama, Wan Zack mempamerkan aksi menarik dan memberi tekanan kepada pertahanan Tanjong Pagar FC. 20 minit pertama perlawanan kelihatan permainan banyak dikuasai di bahagian gol Tanjong Pagar FC dengan beberapa sepakan percuma diterima Harimau Muda. Dua kad kuning dilayangkan pada separuh pertama iaitu kepada pemain Tanjong Pagar, Syed Karim yang mengasari Azizan Nordin pada mini ke-9 dan juga Gary Robbat, pemain Harimau Muda pada minit ke-24. Harimau Muda berkaya…
Naib Presiden KAFA Meninggal Dunia
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Othman Zakaria, 63, meninggal dunia di rumahnya di Kubang Kerian di sini Selasa ini dipercayai akibat serangan jantung. Isterinya, Datin Mahani Daud berkata beliau menyedari mengenai kematian suaminya kira-kira pukul 9 pagi ketika mahu mengejutkan arwah daripada tidur. “Kali terakhir saya melihat arwah ialah pada pukul 2 pagi ketika masuk ke bilik untuk tidur. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Stan dekat sini selepas solat Asar. Berita oleh: Bernama Gambar oleh: Detik Perubahan
KBS Sedia Terima Brunei
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai masalah untuk melihat kehadiran semula skuad kebangsaan Brunei pada saingan bola sepak Liga Malaysia sebagai salah satu usaha mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang sukan. Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Brunei boleh bersama-sama berbincang bagi menentukan mekanisma yang sesuai untuk memastikan perkara itu terlaksana. “Kita tahu kerjasama dalam bidang sukan bukan saja membabitkan antara kerajaan dengan kerajaan tetapi juga antara persatuan sukan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai perlawanan golf dengan rakan sejawatnya dari Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Datuk Seri Setia Awang Hazir Awang Abdullah di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC), semalam. Brunei menyertai Liga…
Web FAM Digodam Lagi
Hari ini laman sesawang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam lagi. Belumpun sampai 5 hari laman sesawang yang sama digodam, FAM sekali lagi menerima serangan yang sama dari individu yang tidak dikenali. Sebelum ini Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal memberi maklum balas akan meningkatkan tahap keselamatan pada laman sesawang FAM namun kelihatan ianya masih belum mencukupi. Mengikut statistik, laman sesawang FAM sudah digodam sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2011 dan ini menimbulkan persoalan mengenai tahap sebenar akan keselamatan laman sesawang badan induk bola sepak negara ini. Buat masa ini masih belum ada maklum balas dari pihak FAM sendiri akan serangan penggodam terbabit.
Laman Sesawang FAM Digodam Lagi
Untuk tahun 2011 ini sudah 2 kali laman sesawang FAM di godam dan kali ini ia berlaku sekali lagi namun tiada sebarang gambar yang tidak diingini dimuat naik, sebaliknya hanya nota cacian dalam Bahasa Indonesia. Kali terakhir laman sesawang FAM digodam adalah 2 bulan lepas semasa final Piala Malaysia sebagai tanda bantahan akan kenaikan harga tiket yang mendadak. Ketika ditanya akan masalah ini, Datuk Subahan Kamal berkata akan memastikan ciri-ciri keselamatan akan dipertingkatkan. “Kami tidak tahu siapa pencetus masalah ini. Kami akan menutup laman sesawang ini secepat mungkin. Laman sesawang ini telah dinaik taraf sebulan yang lepas oleh pembekal semasa kami. Kami sedang dalam proses memasang ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Kelihatannya penggodam ini seorang…
Jaringan Pilihan Peminat (2011) – Poll
Sebelum tamat tahun 2011 ini kami merasakan elok juga jika dibuat poll untuk para peminat memilih jaringan kegemaran dan yang dirasakan layak untuk mendapat anugerah jaringan tercantik untuk tahun 2011 yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Video-video yang termasuk dalam senarai tidak terhad kepada Liga Malaysia atau Skuad Kebangsaan Malaysia sahaja malah melibatkan juga liga luar negara seperti Liga Indonesia dan lain-lain asalkan ia dihasilkan oleh pemain bola sepak yang bekerakyatan Malaysia. Senarai jaringan adalah hasil cadangan dari peminat bola sepak Malaysia yang aktif di Facebook MalayaTigers. Poll akan tamat pada jam 11.59 pm, 31 Desember 2011. Daripada kira-kira 15 jaringan awal, kami hanya memilih 9 jaringan yang terbaik. Berikut merupakan senarai jaringan yang terpilih: Safiq…






