Harimau Muda Catat Kemenangan Ke-2 di S-League

Harimau Muda vs Tanjong Pagar

Harimau Muda mengutip tiga mata penuh lagi pada perlawanan Liga Singapura menentang Tanjong Pagar FC malam ini dengan keputusan 3-0. Perlawanan pertama Harimau Muda di kandang mereka Stadium Yishun bermula dengan baik buat mereka apabila mereka berjaya mengawal hampir keseluruhan masa pertama perlawanan. Pada 10 minit pertama, Wan Zack mempamerkan aksi menarik dan memberi tekanan kepada pertahanan Tanjong Pagar FC. 20 minit pertama perlawanan kelihatan permainan banyak dikuasai di bahagian gol Tanjong Pagar FC dengan beberapa sepakan percuma diterima Harimau Muda. Dua kad kuning dilayangkan pada separuh pertama iaitu kepada pemain Tanjong Pagar, Syed Karim yang mengasari Azizan Nordin pada mini ke-9 dan juga Gary Robbat, pemain Harimau Muda pada minit ke-24. Harimau Muda berkaya…

Status Safee Sali – PSSI Mahu Hantar Bantahan Kepada FIFA

Safee Diambang Bahaya

Ketua umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) Djohar Arifin Husein mengatakan, dalam waktu terdekat ini akan mengajukan protes terhadap FIFA mengenai status Safee Sali yang masih diturunkan Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Filipina. Menurut Djohar, Safee Sali bermain bersama kelab Pelita Jaya yang masih kekal beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) yang sebelum ini diharamkan oleh PSSI atas arahan FIFA. “Kami hairan kenapa ada perbezaan antara kami dan Malaysia. Saya sudah minta setiausaha kami (Tri Goestoro) untuk melaporkan hal ini kepada FIFA. Mungkin FIFA tidak ingat satu per satu nama pemain yang beraksi di ISL. Kami akan sampaikan ini kepada FIFA,” jelas Djohar. Selain itu, Djohar juga menegaskan, PSSI tidak pernah melarang pemain…

Harimau Muda Catat Kemenangan Pertama di S-League

Gombak United vs Harimau Muda

Harimau Muda bermula baik untuk musim baru S-League 2012 setelah berjaya menewaskan Gombak United 2-0 di Stadium Jalan Besar. Perlawanan yang dilangsungkan malam Khamis tersebut hanya disaksikan kira-kira 1500 orang penonton dari kedua-dua belah negara. Harimau Muda beraksi di S-League sebagai salah satu perancangan penukaran pasukan sama seperti Lions XII yang beraksi di Liga Super Malaysia. Thamil Arasu membuka jaringan perlawanan setelah berjaya menolak kemas ke gawang gol Gombak United pada minit ke-15. Pada separuh masa kedua, Harimau Muda menggandakan jaringan menerusi Wan Zaharulnizam pada minit ke-81. ► Video Perlawanan Gombak United 0-2 Harimau Muda

Safee Masih Layak Beraksi – AFC

Safee Diambang Bahaya

Penyerang sensasi negara, Mohd Safee Sali masih layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya buat masa ini biarpun keputusannya untuk menyambung kontrak baru bersama Pelita Jaya FC yang beraksi dalam liga haram, Liga Super Indonesia (ISL) bakal mengundang risiko amat besar. Menurut Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan menggantung pemain yang beraksi dalam ISL sebelum ini sebaliknya hanya menuntut Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) supaya segera menyelesaikan kemelut dalaman liga domestik negara jiran itu sebelum 22 Mac depan. Jelasnya, jika PSSI gagal berbuat demikian, badan induk bola sepak antarabangsa Fifa boleh bertindak tegas menggantung bukan hanya persatuan terbabit malah liga dan pemain. “Apabila timbulnya isu liga…

Safee Sali Kekal Di Pelita Jaya

Safee Sali di sidang media

Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pelita Jaya. Pengurusnya, Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC. Safee juga akan menerima pakej tambahan ‘image rights’ dimana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai product di seluruh Indonesia ini. Kelab Pelita Jaya juga akan mendapatkan syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran. Safee juga akan diberi peluang untuk bermain dengan mana-mana kelab milik…

Barcelona & Manchester United ke KL?

Barcelona vs Manchester United

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan kelab Inggeris, Manchester United berkemungkinan akan bermain dalam perlawanan pertunjukan di Kuala Lumpur pada Jun atau Julai ini. Dikatakan terdapat usaha dari pihak yang belum dapat dikenal pasti untuk membawa kedua-dua pasukan ke Kuala Lumpur Jun atau Julai ini sebagai salah satu lawatan kelab eropah ke Asia. Dari salah satu sumber yang belum dapat disahkan lagi menyatakan negara China berada dalam senarai lawatan kelab Barcelona  namun Barcelona juga mungkin akan memasukkan Malaysia, Indonesia dan India dalam jadual lawatan mereka. Sebelum ini Malaysia membawa tiga gergasi England, Arsenal, Liverpool dan Chelsea untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. News © MalayaTigers.com

Liga Serantau Jutaan Ringgit

Safee Sali dan Park Ji Sung adalah contoh bagaimana pasaran penajaan serantau mampu ditingkatkan dengan proses pengkormersialan pemain atau liga

Kementerian Belia dan Sukan merancang untuk memperkenalkan pertandingan bola sepak serantau untuk pasukan negeri atau kelab yang bertanding. KBS menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata proposal ini akan dibentangkan di Mensyuarat Kementerian Sukan ASEAN di Yogyakarta, Indonesia selasa ini. “Kita boleh mengambil contoh di Indonesia dan menjadikan ia sebagai peluang pemasaran untuk penaja dan penjenamaan dengan menghasilkan pemain bola sepak bertaraf dunia.” Beliau berkata lagi persaingan yang ditunjukkan kedua-dua negara mampu memberikan pulangan yang lumayan dalam menghasilkan pemain bola sepak jutawan berkelas dunia. “Seperti di England dan Perancis, mereka bersaing sesama sendiri. Mereka menggunakan bola sepak dan mengenepikan perbezaan antara mereka. Lihat saja di liga eropah sekarang.” Selain itu beliau juga teruja dengan jumlah…

Kepincangan PSSI – Safee Diambang Bahaya

Safee Diambang Bahaya

Kekusutan dalaman yang berlaku dan ketidak tetapan Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) kini memberi ancaman terbaru kepada Safee Sali dalam meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak Kebangsaan Malaysia apabila kelab yang diwakilinya, Pelita Jaya merupakan salah satu kelab yang tidak beraksi di Liga Perdana Indonesia. Sebelum ini LPI adalah liga yang tidak mendapat mandat dari FIFA namun setelah rombakan besar-besaran dilakukan di PSSI kini keadaannya menjadi terbalik apabila Liga Super Indonesia pula menjadi liga yang tidak sah. Mengikut peraturan FIFA fasal 79 melarang mana-mana pemain yang bermain di liga selain yang disahkan oleh FIFA daripada mewakili negara masing-masing di peringkat antarabangsa sekaligus mengancam karier Safee Sali dan mampu menggangu emosi peminat bola sepak di…

Suzuki Motor Meneruskan Penajaan Piala AFF

AFF Suzuki Cup 2012

Suzuki Motor Corporation mengesahkan akan terus menjadi penaja utama  Piala Suzuki AFF untuk edisi 2012. Tajaan tersebut disahkan sendiri oleh World Sport Group yang memainkan peranan dalam memasarkan piala paling berprestij di rantau ASEAN ini. Dengan rekod lebih 192 juta penonton di televisyen dan lebih 800, 000 penonton di stadium pada edisi 2010, Suzuki Motor Corporation mengambil langkah bijak untuk terus menjadi penaja utama kejohanan yang telah memasuki edisi yang ke-8. “Slogan syarikat kami, “Perjalanan Kehidupan” menerangkan kehidupan yang menakjubkan dimana pelanggan kami mendapat kepuasan terhadap produk kami dan penajaan ini untuk edisi 2012 adalah bukti kesungguhan kami terhadap motto kami sendiri.” jelas Kenichi Ayukawa, Pengurus Pemasaran Exsekutif Automobile Suzuki. Dalam pada itu Presiden Kesatuan…

Undian Piala AFC 2012

Kelantan Piala AFC 2012

Majlis undian peringkat kumpulan Piala AFC 2012 berlangsung petang tadi di Rumah AFC, Kuala Lumpur dengan beberapa perkara dan peraturan baru diperkenalkan diantaranya dengan perkenalan pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah Piala AFC dan aksi sulung kelab dari Myanmar yang sebelum ini tidak pernah beraksi dalam kancah Piala AFC sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004. Malaysia menghantar 2 wakil untuk kejohanan ini iaitu juara dan naib juara Liga Super 2011 (Kelantan FA) dan (Terengganu FA) Berikut merupakan keputusan penuh undian peringkat kumpulan Piala AFC 2012: Kumpulan A Al Qadsia (KUW) Al Ittihad (SYR) Al Faisaly (JOR) Al Suwaiq (OMN) Kumpulan B East Bengal (IND) Kazma (KUW) Arbil (IRQ) Al Orouba (YEM) Kumpulan C…